- Lain-lain
Wartawan Asia Pasifik Kagum Lihat Hasil Strategi China Dalam Pemulihan Semula Luar Bandar
Sekumpulan delegasi media dari rantau Asia Pasifik baru-baru ini mengadakan kunjungan ke kampung Sanhe, iaitu kampung contoh untuk pembasmian kemiskinan di China, serta beberapa kawasan lain di kaunti Zhaojue, Kawasan Autonomi Yi Liangshan, Provinsi Sichuan di barat daya China.
Kunjungan mereka adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat secara langsung tentang hasil yang dicapai daripada strategi pemulihan semula luar bandar China.

Wartawan dari kawasan Asia Pasifik duduk mengelilingi unggun api di rumah lama Jimu Ziluo, seorang penduduk kampung di Sanhe, kaunti Zhaojue, Kawasan Autonomi Yi Liangshan, Provinsi Sichuan di barat daya China. (Foto oleh Zhang Yuxin)
Berjalan melintasi beberapa barisan bangunan perumahan yang baru dibina, wartawan bertemu dengan seorang penduduk kampung iaitu Jihao Yeqiu. Dalam imbauannya, dia menggambarkan pada waktu dulu bahawa apabila hari hujan lebat, air akan turut masuk di dalam rumah.
Namun, pada hari ini, Jihao dan keluarga tinggal di dalam rumah baharu, dilengkapi dengan perabot. Di bahagian dinding rumah pula dihiasi dengan sijil-sijil pencapaian lima orang anaknya, yang dicapai ketika masing-masing di bangku sekolah sewaktu berlangsung kempen pembasmian kemiskinan. Dua daripadanya kini bergelar mahasiswa di universiti di Chengdu.
Ketika mengulas soalan wartawan dari Laos tentang kemampuan kanak-kanak dari kawasan pergunungan untuk mengadaptasi dengan persekitaran pembelajaran yang baharu di bandar, seorang pegawai tempatan berkata bahawa mereka lebih mudah untuk mengadaptasi berbanding rakan-rakan lain.
Pada tahun lalu sahaja, 85 pelajar dari kampung itu telah didaftarkan dalam program ijazah sarjana muda.

Seorang pegawai tempatan dan Jihao Yeqiu menjawab soalan daripada wartawan yang sedang dalam lawatan di kaunti Zhaojue, Kawasan Autonomi Yi Liangshan, Provinsi Sichuan di barat daya China. (Foto oleh Zhang Yuxin)
Di tadika komuniti tempatan di kaunti Zhaojue, delegasi media mempunyai interaksi yang memukau dengan kanak-kanak kumpulan etnik Yi.
Kanak-kanak tersebut memakai pakaian tradisional Yi, yang sebahagian daripada mereka telah dipindahkan dari sebuah kampung di atas tebing, menyambut tetamu dengan penuh ceria, seraya menyebut "Hello!" secara serentak.
Sebelum berlepas, kanak-kanak mempersembahkan palang sabun buatan tangan dalam bentuk comel kepada tetamu asing, isyarat ringkas yang menzahirkan bahawa kemesraan melebihi nilai wang.
Sepanjang lawatan itu, wartawan asing berulang kali menggunakan perkataan ‘baik’, manakala penduduk tempatan sering menyatakan pendapat mereka tentang pelbagai aspek kehidupan mereka hari ini dengan frasa ‘wajiwa’, iaitu ungkapan Yi untuk perkataan ‘cemerlang’.

Kanak-kanak di sebuah tadika di kaunti Zhaojue, Kawasan Autonom Yi Liangshan, Provinsi Sichuan barat daya China, menyambut delegasi media dari rantau Asia-Pasifik. (Foto oleh Zhang Yuxin)

Seorang pembaca cilik membaca cerpen di sebuah tadika di kaunti Zhaojue, Kawasan Autonom Yi Liangshan, Provinsi Sichuan barat daya China, menyambut delegasi media dari rantau Asia-Pasifik. (Foto oleh Zhang Yuxin)

Seorang wartawan dari Nepal mempelajari bahasa kumpulan Etnik Yi dari kanak-kanak di sebuah tadika di kaunti Zhaojue, Kawasan Autonom Yi Liangshan, Provinsi Sichuan barat daya China, menyambut delegasi media dari rantau Asia-Pasifik. (Foto oleh Zhang Yuxin)

Wartawan dari Timor Leste berswafoto dengan salah seorang kanak-kanak yang memberikan cenderamata kepada delegasi media dari Asia Pasifik. (Foto oleh Zhang Yuxin)
- Industri Basikal Makmur di Kaunti Wuhe
- Industri Pukat di Kampung Hedonglijiacun Mekar, Dieksport ke Luar Negara
- Lima Wilayah Autonomi China Saksi Pertumbuhan Ekonomi Mantap
- Sains Hidupkan Semula Hutan Walnut Purba, Lonjak Pendapatan Penduduk Xizang
- ‘Bengkel Sunshine’ Bantu OKU di Kaunti Zhanang Dakapi Masa Depan Lebih Cerah
- Ximeng, Kaunti Etnik yang Penuh Kebahagiaan
- China Perkasakan Pembangunan Luar Bandar Secara Menyeluruh
- China Mahu Capai Kemajuan Penting di Luar Bandar Menjelang 2027
- Perdalam Pembaharuan Luar Bandar, Bina Negara Kuat dalam Pertanian: Xi
- China Keluarkan Kertas Putih Pembangunan Jalan di Kawasan Luar Bandar




