Industri Basikal Makmur di Kaunti Wuhe

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 16 Oktober 2025
Industri Basikal Makmur di Kaunti Wuhe
Seorang pekerja sedang membuat bahagian basikal di sebuah bengkel di taman industri basikal di kaunti Wuhe, bandar Bengbu, Provinsi Anhui di timur China. (People’s Daily Online/Chen Ruotian)

Di taman industri basikal di kaunti Wuhe, bandar Bengbu, Provinsi Anhui, di timur China, berbaris-baris motosikal elektrik sudah bersedia untuk dihantar ke pasaran di Eropah, Amerika, Timur Tengah dan banyak lagi rantau lain.

Sekitar tujuh tahun yang lalu, tapak tersebut yang berkeluasan hanya 327 mu (21.8 hektar) merupakan sekadar kawasan kukup terbiar. Kerja-kerja transformasi bermula pada 2017, iaitu apabila tiga syarikat memulakan operasi perniagaan masing-masing di situ, yang turut menandakan kepada permulaan pembangunan industri basikal kaunti itu.

Inovasi telah menjadi tenaga pendorong di sebalik industri basikal Wuhe. Syarikat-syarikat di taman itu ketika ini memiliki 65 paten, termasuk 11 paten rekaan, 20 paten model utiliti, dan 34 paten reka bentuk, dengan kesemua produk memenuhi perakuan piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa.

Hari ini, 18 syarikat berkaitan basikal telah bertapak di taman itu, dengan 14 daripadanya melebihi daripada saiz yang ditetapkan. Empat pengilang kenderaan lengkap menghasilkan 630,000 motosikal elektrik, motor elektrik dan basikal kelas atasan secara tahunan untuk dieksport.

Pada 2024, taman itu mencapai nilai output industri berjumlah RMB506 juta (sekitar AS$71 juta), iaitu peningkatan sebanyak 42 peratus dalam tempoh setahun yang lalu. Pada lapan bulan pertama 2025, angka itu telah mencecah RMB508 juta.

Para pekerja sedang membuat bahagian basikal di sebuah bengkel di taman industri basikal di kaunti Wuhe, bandar Bengbu, Provinsi Anhui di timur China. (People’s Daily Online/Chen Ruotian)
Seorang pekerja memeriksa kualiti bahagian basikal di sebuah bengkel di taman industri basikal di kaunti Wuhe, bandar Bengbu, Provinsi Anhui di timur China. (People’s Daily Online/Chen Ruotian)
Seorang pekerja memasang basikal di sebuah bengkel di taman industri basikal di kaunti Wuhe, bandar Bengbu, Provinsi Anhui di timur China. (People’s Daily Online/Chen Ruotian)
Foto memperlihatkan bahagian basikal di sebuah bengkel di taman industri basikal di kaunti Wuhe, bandar Bengbu, Provinsi Anhui di timur China. (People’s Daily Online/Chen Ruotian)
Seorang pekerja membuat bahagian basikal di sebuah bengkel di taman industri basikal di kaunti Wuhe, bandar Bengbu, Provinsi Anhui di timur China. (People’s Daily Online/Chen Ruotian)
Foto menunjukkan tayar basikal kanak-kanak di sebuah bengkel di taman industri basikal di kaunti Wuhe, bandar Bengbu, Provinsi Anhui di timur China. (People’s Daily Online/Chen Ruotian)

Video

Berita Berkaitan