- Lain-lain
China Seru Gencatan Senjata Berkekalan di Gaza
China menyeru agar gencatan senjata berkekalan benar-benar dilaksanakan di Gaza.
Demikian tegas Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong ketika menyampaikan ucapan dalam mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Palestin-Israel pada Isnin.
Beliau turut menyatakan bahawa China menggesa pelbagai pihak berkenaan terutamanya Israel mematuhi perjanjian gencatan senjata dengan menyeluruh.
Fu berkata, Israel sebagai pihak yang menduduki, wajib memenuhi kewajipannya di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, membatalkan sekatan terhadap kemasukan bantuan kemanusiaan, serta menyokong dan memastikan agensi-agensi kemanusiaan termasuk Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) dapat menjalankan kerja mereka.
Fu menambah, situasi di tebing barat Sungai Jordan masih terus meningkat justeru katanya China mendesak Israel supaya segera menghentikan aktiviti penempatan dan sebarang operasi ketenteraan.
- Wakil China Seru Gencatan Senjata Berterusan di Gaza
- Undang-Undang Antarabangsa dalam Isu Gaza Sedang Dicabar - Guterres
- China Seru Gencatan Senjata Menyeluruh dan Berpanjangan di Gaza
- Istael Setuju Buka Semula Pintu Keluar Masuk Rafah Secara Bersyarat
- Empat Maut Akibat Serangan Israel di Timur Gaza
- Gencatan Senjata Menyeluruh dan Berkekalan Perlu Dilaksanakan di Gaza - Wakil China
- Presiden Xi Ucap Tahniah kepada Perhimpunan PBB Memperingati Hari Solidariti Antarabangsa Bersama Rakyat Palestin
- Penguatkuasaan Gencatan Senjata Berkekalan Misi Utama di Gaza - Wakil China di PBB
- 20 Maut dalam Serangan Israel di Gaza
- Terdapat 4 Kekurangan dalam Resolusi UNSC Mengenai Gaza - Wakil China di PBB




