AS Lulus Penjualan Senjata Bernilai USD25.8 Bilion kepada Asia Barat

(CRI)Jumaat 08 Mei 2026

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio meluluskan penjualan senjata bernilai USD25.8 bilion kepada beberapa negara rakan kongsi di Asia Barat, pada Khamis.

Difahamkan, angka tersebut adalah tiga kali ganda berbanding nilai yang diumumkan kerajaan AS minggu lalu.

Menurut jurucakap Jabatan Negara AS, Rubio telah meluluskan penjualan senjata secara kecemasan kepada Bahrain, Israel, Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 1 Mei.

Senjata itu termasuk ratusan peluru berpandu pertahanan udara dan beberapa senjata lain.

Video

Berita Berkaitan