- Lain-lain
Menteri Luar China dan Kazakhstan Adakan Perbincangan di Beijing

Menteri Luar China Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Kazakhstan, Yermek Kosherbayev mengadakan perbincangan di sini pada Isnin.
Wang yang juga merupakan ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) menyatakan bahawa di bawah pimpinan strategik dan pendorongan Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev, hubungan kedua-dua negara berkembang dengan rancak berdasarkan solidariti yang kukuh.
Menurut Wang, Presiden Tokayev akan melawat China untuk menghadiri Persidangan Kecerdasan Buatan(AI) Dunia 2026 dan Mesyuarat Peringkat Tinggi mengenai Tadbir Urus AI Global. Dalam tempoh itu, Presiden dari kedua-dua negara akan mengadakan komunikasi strategik secara mendalam, yang dipercayai akan mencetuskan momentum baharu bagi perkembangan hubungan dua hala.
Wang menambah bahawa China mengalu-alukan penglibatan Kazakhstan dalam Pertubuhan Pengantaraan Antarabangsa (IOMed), dan bersedia bekerjasama dengan Kazakhstan untuk mempertahankan keadilan dan kesaksamaan antarabangsa.

Dalam perbincangan itu, Kosherbayev mengucapkan tahniah sempena ulang tahun ke-105 PKC dan menyatakan keyakinan bahawa di bawah pimpinan Presiden Xi, China pasti akan mewujudkan matlamatnya dalam skim pembangunan berkualiti tinggi dengan secepat mungkin.
- Ketua Badan Legislatif Tertinggi China, Zhao Leji Lawat Kazakhstan
- Chen Wenqing akan Hadir Persidangan Keselamatan Antarabangsa, Lawat Rusia dan Kazakhstan
- Ketibaan Pengembara Melalui Pintu Sempadan Khorgos 500,200 Orang Empat Bulan Pertama
- China Ikrar Perkukuh Kerjasama dengan Azerbaijan, Kazakhstan
- Xi Terima Kunjungan Presiden Kazakhstan
- Air China Lancarkan Penerbangan Langsung Antara Beijing, Almaty
- Bengkel Luban Tawar Sokongan Pendidikan Vokasional kepada Kazakhstan
- China, Kazakhstan Bersedia Perkasakan Kerjasama Bilateral
- Xi Dijadual Hadiri Sidang Kemuncak China-Asia Tengah Kedua
- Astana: Sekilas Pandang




