"Dialog Datuk Bandar Sedunia 2026 · Xishuangbanna" Bincang Hutan Hujan dan Pembangunan Bandar

(CRI)Jumaat 17 Julai 2026

Bertemakan "Hutan Hujan dan Kediaman: Hidup Bersama, Membangun Bersama, Berkongsi Bersama", acara "Dialog Datuk Bandar Sedunia 2026 · Xishuangbanna" telah berlangsung dari 14 hingga 16 Julai ini di Daerah Autonomi Xishuangbanna, Provinsi Yunnan.

Lebih 100 orang datuk bandar, wakil datuk bandar, pakar akademik dan penggiat media dari 24 buah negara termasuk China, Kemboja, Laos, Myanmar, Pakistan, Nepal, dan Sri Lanka telah menyertai acara ini. Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai topik seperti pemuliharaan ekologi, tadbir urus bandar dan pembangunan industri bersama.

"Inisiatif Xishuangbanna" telah dilancarkan sempena acara tersebut.

Terdapat empat hala tuju utama iaitu simbiosis ekologi, pembangunan industri bersama, berkongsi hasil dan menang-menang dalam jangka panjang, yang termaktub dalam Inisiatif yang berperanan sebagai panduan tindakan untuk pembangunan mampan berdasarkan koordinasi antara bandar-bandar serantau.

Video

Berita Berkaitan