China Seru Semua Pihak Manfaatkan Potensi AI untuk Galakkan Pembangunan Mesra OKU

(CRI)Jumaat 03 Julai 2026

Pada sesi ke-62 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), China mewakili 65 negara lain dalam satu kenyataan bersama yang menggesa masyarakat antarabangsa memanfaatkan potensi kecerdasan buatan (AI) dalam menggalakkan pembangunan mesra orang kurang upaya (OKU) serta melaksanakan resolusi "Aksesibiliti Sejagat untuk Semua".

Kenyataan itu disampaikan Wakil Tetap China ke Pejabat PBB di Geneva dan Organisasi Antarabangsa Lain di Switzerland, Jia Guide sempena seminar dwi tahunan bertemakan bantuan teknikal.

Kenyataan bersama itu menyatakan bahawa aksesibiliti sejagat untuk semua adalah penting bagi memastikan semua orang, termasuk golongan kurang upaya, warga emas dan golongan rentan yang lain benar-benar dapat menikmati semua hak asasi manusia dan kebebasan asas secara sama rata dan sepenuhnya.

Video

Berita Berkaitan