- Lain-lain
China Perkemas Lagi Khidmat Bayar Balik Cukai

Foto dron bertarikh 10 Januari 2026 ini menunjukkan pemandangan Bandar Bebas Cukai Antarabangsa Sanya di provinsi Hainan, selatan China. (Xinhua/Guo Cheng)
Pentadbiran Cukai Negara China telah memperkenalkan langkah baharu bagi mendigitalkan dan mempermudah perkhidmatan bayaran balik cukai sewaktu berlepas untuk pelawat asing, menurut satu makluman terkini.
Langkah-langkah ini membolehkan permohonan bayaran balik cukai dan invois jualan dipindahkan secara elektronik, sekali gus menyokong pemprosesan tanpa kertas seluruh prosedur.
Mulai 1 September, kedai yang terlibat dapat memuat naik dokumen pengenalan pelawat asing semasa membuat permohonan bayaran balik atas pembelian. Ini membolehkan agensi di lokasi pembelian menyemak dokumen bayaran balik cukai sewaktu berlepas secara atas talian. Agensi bertanggungjawab di tempat berlepas akan mengesahkan maklumat pengenalan pelawat, kemudian memproseskan bayaran balik mengikut peraturan.
Program rintis perkhidmatan bayaran balik cukai sewaktu berlepas juga akan digalakkan manakala kod QR kemasukan maklumat sedia ada akan diperluas untuk meliputi seluruh negara, membolehkan pelawat menyerahkan maklumat dan memeriksa butiran bayaran balik dalam talian.
Notis terbaru ini juga menggesa supaya tindakan keras diambil terhadap kegiatan haram seperti pembelian berproksi dengan cara menipu dan penyeludupan barang yang dibayar balik cukai masuk semula ke pasaran domestik. Mana-mana kedai bayar balik cukai yang didapati terlibat atau mengatur kegiatan seumpama tidak lagi layak menawarkan perkhidmatan bayaran balik cukai sewaktu berlepas.
- Kedai Pulangan Cukai Untuk Pengembara Asing Yang Pertama Dilancarkan Dalam Talian
- China Optimumkan Sistem Pulangan Cukai Pelancong Asing
- Jualan Bebas Cukai Barang Pengguna di Hainan Lebihi 5 Juta Yuan
- Pelancong Asing Nikmati Rebat Cukai di China Naik 285 Peratus
- Pengembara Asing Nikmati Rebat Cukai Menokok 186 Peratus
- Lebih Banyak Kawasan di China Kini Laksanakan Dasar Pemulangan Cukai
- Beijing Umum Kumpulan Pertama Tempat Bayaran Balik Cukai Pelepasan
- Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan Kemuka Enam Pembaharuan Inovasi Keinstitusian
- Zon Bebas Komprehensif Zhongguancun Mulakan Operasi
- Kedai Bebas Cukai Hainan Catat Jualan Memberangsangkan




