- Lain-lain
29 Negara Tandatangani Perjanjian Penubuhan WAICO

Sebanyak 29 buah negara dari Asia, Afrika, Amerika Latin dan Eropah menandatangani perjanjian penubuhan Pertubuhan Kerjasama Kecerdasan Buatan Sedunia (WAICO) dalam majlis yang berlangsung di Shanghai pada 16 Julai, sekali gus menjadi anggota pengasas organisasi tersebut.
Majlis itu menandakan kemajuan penting dalam usaha yang dipelopori China untuk menubuhkan platform kerjasama antarabangsa dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Pada peringkat seterusnya, China akan bekerjasama dengan negara-negara pengasas lain bagi memastikan organisasi itu beroperasi secepat mungkin.
Pada peringkat awal, WAICO akan memberi tumpuan kepada tiga bidang utama.
Pertama, memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam pembangunan kapasiti AI melalui pertukaran dasar, kerjasama teknologi, latihan tenaga mahir dan penyelidikan bersama, bagi meningkatkan akses kepada teknologi serta memastikan negara-negara membangun turut mendapat manfaat daripada kemajuan AI.
Kedua, menggalakkan kerjasama praktikal dengan menjadi platform padanan antara keperluan dan sumber negara anggota, memperkukuh kerjasama sains, teknologi dan industri, serta menyokong pembangunan ekosistem sumber terbuka mengikut keperluan setiap negara.
Ketiga, menyokong prinsip dan matlamat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) termasuk perlaksanaan Perjanjian Digital Global dan Matlamat Pembangunan Mampan PBB, serta mendorong pembentukan sistem tadbir urus global yang adil dan saksama dalam bidang AI.
- Chengdu Bangunkan Ekosistem Robot Komprehensif
- Xi Bakal Bentangkan Pendirian China tentang Pembangunan dan Tadbir Urus AI
- China Seru Rapatkan Jurang AI di Pentas PBB
- WAIC 2026 Bakal Buka Tirai di Shanghai
- Robot Trafik Pintar Ditempatkan di Hangzhou
- Era AI, OPC Bagai Cendawan Tumbuh Lepas Hujan
- Syarikat China Terajui Integrasi AI, Automobil
- Lawatan Cheng Li-wun di Beijing Tertumpu kepada Perkembangan AI
- Model AI China Diguna Pakai Meluas
- Aplikasi AI Terserlah dalam Pameran Elektronik Pengguna dan Isi Rumah 2026 di China




