Jumlah Kereta Api Kargo China-Eropah Melalui Pintu Alashankou, Khorgos Melebihi 10,000

(CRI)Isnin 20 Julai 2026

Sebuah kereta api yang membawa peralatan mekanik dan produk elektronik telah menyelesaikan prosedur di pintu keluar masuk Alashankou, wilayah Xinjiang China, menuju ke Malaszewic, Poland pada 17 Julai lalu.

Kelulusan kereta api kargo tersebut sekali gus menandakan jumlah perjalanan Kereta Api Kargo China-Eropah melalui pintu Alashankou dan pintu Khorgos di Xinjiang melebihi 10,000 sejak awal tahun 2026.

Untuk rekod, terdapat 129 laluan Kereta Api Kargo China-Eropah beroperasi melalui pintu Alashankou, meliputi 21 negara. Sementara itu, terdapat 91 laluan melalui pintu Khorgos, meliputi 18 negara.

Barang dagangan merangkumi lebih 200 jenis termasuk komponen dan alat ganti kenderaan, peralatan mekanik, produk elektronik, barang kegunaan seharian dan lain-lain.

Video

Berita Berkaitan