Perdagangan China-ASEAN Meningkat Mantap pada Separuh Pertama 2026

(CRI)Isnin 20 Julai 2026

Jumlah dagangan antara China dengan ASEAN mencapai RMB4.34 trilion (RM2.61 trilion) pada separuh tahun pertama 2026, menokok 18.2 peratus tahun ke tahun, menurut statistik yang diumumkan Jabatan Am Kastam China baru-baru ini.

Pelabuhan Qingdao yang terletak di pesisir timur China turut menjadi mikrokosma prestasi cemerlang tersebut.

Barang-barang dari kawasan pedalaman China dapat dihantar terus ke pelabuhan Qingdao melalui kereta api sebelum dieksport ke negara luar. Pada masa sama, produk dari Asia Tenggara seperti durian dan hasil akuatik dapat dibawa ke pasaran China melalui pengangkutan laut.

Pengangkutan rel dan laut itu bukan sahaja memudahkan perdagangan antara China dan ASEAN, malah juga menyediakan pilihan cara pengangkutan dengan efisien yang lebih tinggi dan kos yang lebih rendah.

Di sebalik kelancaran pengangkutan itu adalah sokongan dasar Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang mendorong kerjasama antara China dengan Asia Tenggara dalam rantaian perindustrian, sekali gus membawa kepada pertambahan laluan perkapalan antara kedua-dua pihak.

Pada separuh pertama tahun ini, pelabuhan Qingdao membuka lima laluan terus baharu ke ASEAN. Kini, jumlah keseluruhan laluan dari pelabuhan Qingdao ke ASEAN melebihi 50, meliputi kebanyakan pelabuhan utama di Vietnam, Thailand, Indonesia dan Malaysia dengan kekerapan tinggi.

Menurut statistik terkini, jumlah import dan eksport pelabuhan Qingdao ke ASEAN mencapai RMB255.63 bilion (RM154.29 bilion) pada separuh tahun pertama 2026, meningkat 11.8 peratus tahun ke tahun.

Import produk pertanian dan barangan sumber asli dari ASEANmeningkat secara stabil, membolehkan pengguna tempatan China lebih mudah membeli produk berkualiti dari Asia Tenggara dengan harga yang lebih berpatutan.

Video

Berita Berkaitan