Penyelidik China Selesai Gubal Peta Geologi Bulan Edisi Baharu

(CRI)Jumaat 07 Ogos 2026

Pasukan penyelidik China telah selesai menggubal satu peta geologi bulan berskala 1:5 juta, dengan bahagian utamanya sepanjang kira-kira 280 sentimeter dan lebarnya kira-kira 120 sentimeter.

Peta ini juga dilengkapi dengan dua komponen lagi tentang bahagian kutub utara dan selatan di bulan, sedangkan tanda serta tafsirannya tentang lebih 13,000 kawah impak dan 81 lembah impak membabitkan struktur geologi dalam 14 kategori beserta 17 jenis batuan.

Pengarah Institut Geologi di bawah Akademi Sains Geologi China, Yang Zhiming berkata bahawa penerbitan peta geologi bulan edisi baharu ini menyediakan sokongan saintifik penting untuk China membina stesen penyelidikan bulan pada masa depan, memilih lokasi pendaratan, dan mengeksplorasi angkasa lepas yang lebih jauh.

Perkara ini juga boleh dilhat sebagai sumbangan baharu China kepada masyarakat manusia dalam melakukan penjelajahan terhadap evolusi Sistem Suria.

Video

Berita Berkaitan