- Lain-lain
Roket Pembawa Prob Chang’e-7 Tiba di Tapak Pelancaran

Foto komposit yang diambil pada 4 November 2025 di daerah Changping, Beijing, menunjukkan stesen angkasa China sedang melintas di hadapan bulan. (Xinhua/Xing Guangli)
Roket pembawa prob misi eksplorasi bulan Chang’e-7 telah tiba di Tapak Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang di provinsi Hainan, menurut Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China (CMSA) pada Isnin.
Memetik CMSA, roket Long March-5 Y14 itu akan dipasang dan diuji di tapak pelancaran sekali dengan prob Chang’e-7 yang telah dihantar ke lokasi tersebut April lalu.
Chang’e-7 dijadualkan berlepas pada separuh kedua tahun ini. Misi ini bertujuan melakar kemajuan dalam beberapa teknologi penting seperti pendaratan lembut berketepatan tinggi di permukaan bulan, gerakan berkaki, gerakan melompat serta penerokaan kawah yang sentiasa gelap.
Misi Chang’e-7 akan mengambil pendekatan pengesanan komprehensif yang melibatkan pengorbitan, pendaratan, perayauan dan gerakan melompat untuk menjalankan tinjauan persekitaran dan sumber di kutub selatan bulan. Ia juga akan membabitkan kerjasama antarabangsa, maklum agensi itu lagi.
- Supermoon Pertama 2026 Terangi Langit Malam
- Memacu Agenda Pemerkasaan Negara dalam Bidang Angkasa Lepas - Xi
- Supermoon Paling Besar Tahun Ini
- Misi Penerokaan Bulan China Masuk Fasa R&D Prototaip Awal
- Tiandu-2 Tangkap dan Hantar Semula Imej Bulan Terkini dengan Ciri Lebih Jelas
- 17 Negara Sertai Kerjasama dengan Stesen Penyelidikan Bulan Antarabangsa
- Sampel Bulan dari China Dipamerkan di Ibu Pejabat PBB di Vienna
- China Umum Hasil Penyelidikan Sampel Bulan Dari Misi Chang'e-6
- Saintis China Dedah Hasil Penyelidikan Baharu terhadap Bulan
- China Bakal Lancarkan Prob Chang'e-7 Tinjau Kutub Selatan Bulan Tahun Ini
- Konjungsi Zuhrah Dan Bulan di Heilongjiang
- China akan Laksanakan Fasa Keempat Projek Penjelajahan Bulan
- Prob Chang'e-6 Sempurnakan Pensampelan Bulan
- Prob Chang'e-6 Selesaikan Pemindahan Sampel Bulan ke Alat Pendarat
- Chang'e-6 Akan Bawa Pulang Sampel Tanah Bulan
- Prob Penyelidikan Chang'e-7 akan Dilancarkan pada 2026
- Penyelidikan Sampel Bulan Raih Kemajuan Baharu: CNSA




