Forum Kerjasama Media China-Afrika Ketujuh Berlangsung di Beijing

(CRI)Jumaat 21 Ogos 2026

Forum Kerjasama Media China-Afrika edisi ketujuh membuka tirai di Beijing pada Khamis, dihadiri 33 orang pegawai peringkat menteri dari negara Afrika.

Rata-rata hadirin menyertai forum itu menzahirkan komitmen supaya media-media China dan negara Afrika terus memainkan peranan sebagai jambatan pertukaran sosiobudaya, di samping menyumbang kepada kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua pihak.

Para hadirin melahirkan harapan agar media kedua-dua pihak aktif meneroka kerjasama dalam bidang baharu seperti drama mikro, mempergiat kerjasama dalam pengaplikasian dan tadbir urus kecerdasan buatan (AI), selain memberikan tumpuan kepada pertukaran peringkat tinggi, sesama rakyat dan golongan belia.

Video

Berita Berkaitan