- Lain-lain
Import China Lonjak 22% Tujuh Bulan Pertama 2026 - Kementerian Perdagangan
Import negara China melonjak sebanyak 22% dalam 7 bulan pertama tahun ini, dengan pertumbuhan positif direkodkan dalam import daripada lebih 150 rakan dagang.
Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Perdagangan China, He Yadong pada sidang media yang diadakan di sini Jumaat.
He Yadong menyatakan lagi bahawa sejak awal tahun ini, China telah melakar pencapaian yang ketara dalam mengembangkan import melalui pelaksanaan dasar yang proaktif.
Mengulas lanjut, beliau berkata China konsisten dalam meneroka potensi sektor pengimportan susulan pelaksanaan dasar pintu terbuka secara proaktif, unilateral dan bertahap.
"Dari Mei hingga Jun, import China dari Afrika menokok 23.5% tahun ke tahun, antaranya import buah-buahan seperti alpukat, epal dan oren masing-masing meningkat 1.3 kali ganda, 89.6% dan 27.9%.
"Berlangsungnya pelbagai majlis jerayawara berperanan besar dalam penjenamaan China di seberang laut. Sehingga kini, siri aktiviti 'Eksport ke China' telah diadakan lebih 40 sesi di dalam dan luar negara, dan produk berkualiti dari hampir 100 negara dapat memperluas pengaruh mereka di China melalui platform siri aktiviti ini," ujar He.
Beliau juga menyatakan bahawa pada peringkat seterusnya, pihaknya akan terus memanfaatkan dua penggerak dari segi dasar dan penjenamaan, memperkukuh hubungan antara "Eksport ke China" dengan "Membeli di China" dan "Melabur di China", meningkatkan sinergi dengan pelbagai pengendali pameran besar seperti Ekspo Import Antarabangsa China dan Ekspo Pengguna China, konsisten dalam mencungkil potensi pasaran besar China dengan lebih baik, dan berkongsi peluang pembangunan tempatan dengan dunia.
- Pelabuhan Yantai Saksikan Lonjakan Kargo Am ke Afrika
- Import-Eksport Zon Dalam Bon Alashankou Lepasi RMB13 Bilion pada Separuh Pertama 2026
- Import dan Eksport Perkhidmatan China Naik 8.3 Peratus Separuh Pertama 2026
- Eksport Automotif China Naik 48.3 Peratus pada Separuh Pertama 2026
- Eksport Produk Teknologi Tinggi China Catat Pertumbuhan Kukuh pada Separuh Pertama 2026
- China Eksport Robot Industri Bernilai RMB6.29 Bilion Separuh Tahun Pertama
- Perdagangan Barangan China Meningkat 16.9 Peratus Separuh Pertama 2026
- Binaan Bermodul China Tarik Minat Dunia
- Import dan Eksport Perkhidmatan China Catat Lonjakan Lima Bulan Pertama 2026
- Mengapa Angka Terkini Perdagangan Luar China "Melebihi Jangkaan"?




