- Lain-lain
Mengapa Angka Terkini Perdagangan Luar China "Melebihi Jangkaan"?
Jabatan Am Kastam China pada Selasa menyatakan bahawa jumlah nilai import dan eksport barangan perdagangan China mencecah RMB20.68 trilion (RM12.4 trilion) bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, meningkat 15.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Sekaligus berjaya mengekalkan trend pertumbuhan stabil.
Media asing menyatakan bahawa prestasi perdagangan luar China telah meningkatkan keyakinan pasaran terhadap pembangunan berkualiti tinggi ekonomi China.
Sejak tahun ini, China telah memanfaatkan sepenuhnya kelebihan komprehensif termasuk sistem industri yang lengkap, entiti perniagaan yang aktif, dan kepelbagaian susun atur pasaran.
China juga telah melaksanakan siri dasar dengan tepat mengenai pengurangan cukai serta meningkatkan tahap kemudahan perdagangan.
Langkah-langkah ini telah menggalakkan pertumbuhan import dan eksport menjadi lebih stabil dengan berkesan serta berjaya menampung perubahan persekitaran luar.
Selain itu, pelaksanaan tarif sifar secara menyeluruh untuk negara-negara Afrika yang berhubungan diplomatik dengan China yang berkuat kuasa mulai 1 Mei serta kesan 'Tahun China' dalam APEC, turut memainkan peranan dalam pertumbuhan stabil perdagangan luar.
Dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, import dan eksport China dengan entiti ekonomi APEC lain meningkat sebanyak 17.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, menyumbang hampir 60 peratus jumlah perdagangan luar China.
Ini telah menyuntik kestabilan ke dalam operasi ekonomi dan perdagangan antarabangsa.
Sementara itu, eksport produk elektromekanik berteknologi tinggi dan bernilai tambah tinggi meningkat sebanyak 18.4 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala import dan eksport produk berkaitan kecerdasan buatan (AI) meningkat lebih 20.5 peratus.
Struktur perdagangan asing China terus dioptimumkan, mencerminkan kekuatan inovasi industri serta keupayaan penyesuaian perusahaan China.

China bukan sahaja menjadi 'Kilang Dunia', tetapi juga bertindak sebagai 'Pasaran Dunia'.
Dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini, import China meningkat sebanyak 20.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, melebihi kadar pertumbuhan keseluruhan eksport serta jumlah import dan eksport.
China secara aktif meluaskan pembukaan dan terus berkongsi peluang dengan dunia.
Sebagai contoh, sejak tahun ini, siri aktiviti 'Berkongsi Pasaran Besar, Eksport ke China' telah banyak diadakan di pelbagai lokasi di China, dan berjaya menarik barangan berkualiti seluruh dunia untuk memasuki pasaran China.
- Han Zheng Hadiri Majlis Jerayawara "Eksport ke China" di Belarus
- Import, Eksport China Catat Pertumbuhan Mampan
- Jumlah Pengendalian Kargo di Pelabuhan China Meningkat 4.4 Peratus
- Import dan Eksport China Catat Rekod Baharu pada 2025
- Kastam Alashankou Kendali 29.81 Juta Tan Barangan pada 2025
- Eksport Produk Jentera Pembinaan China Naik 33.4 Peratus dalam Dua Bulan Pertama 2026
- Prestasi Import, Eksport China Terus Cemerlang
- Import Eksport Xinjiang Tingkat 3.4% Suku Pertama 2026
- Import, Eksport Yiwu Catat Rekod Baharu
- Import, Eksport China Terus Kukuh Empat Bulan Pertama 2026
- Pelan Lima Tahun ke-15 Dari Perspektif Syarikat Asing
- Pengerusi Bosch: Transformasi China dari Pasaran Pengguna kepada Hab Inovasi
- Institusi Kewangan Asing Percepat Usaha Teroka Pasaran China
- Ahli Perniagaan Asing Optimistik terhadap Pasaran China
- Pasaran Penggunaan China Bersaiz Gergasi, Peluang Besar Kerjasama Antarabangsa
- Pasaran Kepenggunaan China Semakin Hangat
- Bank Pusat China Pertingkat Kawalan Makro, Mantapkan Pasaran
- China, Pasaran Strategik Utama bagi Saudi Aramco
- Rangkaian Pasar Raya, Kedai, Peroleh Keuntungan Stabil Pada 2025
- Ruang Pasaran China, Ahli APEC Lain Terus Diperluas: GACC




