Binaan Bermodul China Tarik Minat Dunia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 09 Julai 2026

Bangunan menggunakan seni bina bermodul China semakin menarik minat pembeli dari seberang laut. Menurut Kastam Shenzhen, eksport rumah pasang siap melalui pelabuhan Shenzhen mencecah 1.68 bilion yuan dalam empat bulan pertama tahun ini, naik 19.6 peratus tahun ke tahun. Difahamkan, binaan dengan seni bina tersebut telah dijual ke lebih 150 negara dan wilayah.

Seorang pelanggan dari Britain telah menggunakan 63 modul untuk membina sebuah kompleks apartmen warga emas, yang siap dipasang dalam masa dua minggu selepas tiba. Seorang pembeli dari Papua New Guinea pula memasang 84 modul menjadi sebuah hotel, hanya sebulan selepas tempahan dihantar.

Seorang pembeli dari seberang laut berbincang dengan pempamer pada edisi ke-137 Canton Fair di Guangzhou, provinsi Guangdong, selatan China, 23 April 2025. (Xinhua/Deng Hua)

Seorang pembeli dari seberang laut berbincang dengan pempamer pada edisi ke-137 Canton Fair di Guangzhou, provinsi Guangdong, selatan China, 23 April 2025. (Xinhua/Deng Hua)

Lonjakan dalam permintaan global terhadap pusat data turut mendorong lagi sektor ini. Sebuah syarikat China telah membekali lebih 1,000 MW projek pusat data bermodul di Malaysia, Indonesia, Asia Barat dan Itali.

Di Shenzhen, Taman Pembinaan Pintar MBS CIMC mengeluarkan 20,000 hingga 30,000 modul setahun. Berbeza dengan pembinaan biasa, bangunan bermodul dihasilkan di talian pengeluaran – siling, lantai, paip, malahan lapisan kalis air semuanya disiapkan di kilang, kemudian dipasang seperti bongkah Lego di lokasi. Kaedah pengeluaran selari ini memendekkan masa pembinaan sebanyak lebih 60 peratus, dengan ketepatan yang dijamin sehingga ke milimeter.

Pendekatan bermodul yang cekap dan tepat ini membuka pintu kepada satu pasaran yang cukup besar. Firma penyelidikan meramalkan bahawa pasaran pembinaan bermodul global akan melebihi 142.8 bilion dolar AS menjelang 2030. Dengan memanfaatkan rantaian industrinya yang lengkap – daripada R&D dan pengeluaran pintar hinggalah logistik dan pemasangan di seberang laut – China sedang mentransformasikan pembinaan rumah menjadi sebuah perniagaan eksport industri terpiawai yang menjangkau ke serata dunia.

Video

Berita Berkaitan