Eksport Produk Teknologi Tinggi China Catat Pertumbuhan Kukuh pada Separuh Pertama 2026

(CRI)Isnin 20 Julai 2026

Permintaan global yang semakin meningkat terhadap kecerdasan buatan (AI) dan teknologi hijau, terus memacu pertumbuhan eksport produk teknologi tinggi China pada separuh pertama tahun ini.

Ketua Jurutera Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat, Wang Weiming ketika mengumumkan perkara itu dalam sidang media pada Isnin berkata, nilai eksport beberapa produk utama yang dinilai dalam mata wang RMB mencatat pertumbuhan memberangsangkan berbanding tempoh sama tahun lalu.

Menurut beliau, eksport litar bersepadu (IC) meningkat 88.7 peratus, diikuti komponen elektronik sebanyak 62.6 peratus, manakala eksport set penjana kuasa angin melonjak 35.6 peratus.

Video

Berita Berkaitan