Perdagangan Barangan China Meningkat 16.9 Peratus Separuh Pertama 2026

(CRI)Selasa 14 Julai 2026

Perdagangan luar China terus mengekalkan momentum pertumbuhan yang kukuh apabila jumlah import dan eksport barangan pada separuh pertama 2026 mencecah 25.47 trilion yuan (RM15.32 trilion), meningkat 16.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Data berkenaan diumumkan Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC) dalam sidang media yang dianjurkan pada Isnin.

Daripada jumlah itu, nilai eksport mencatat 14.73 trilion yuan (RM8.86 trilion) iaitu meningkat 13.4 peratus tahun ke tahun, manakala import pula menokok 22.1 peratus kepada 10.74 trilion yuan (RM6.46 trilion).

Video

Berita Berkaitan