- Lain-lain
China, India Adakan Pertemuan Wakil Khas Mengenai Isu Sempadan di Beijing

Pertemuan ke-25 wakil khas China-India mengenai isu sempadan berlangsung di Beijing pada Selasa.
Pihak China diwakili ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), ketua Pejabat Suruhanjaya Hal-Ehwal Luar Pusat, Wang Yi, manakala India diwakili Penasihat Keselamatan Negara, Ajit Doval.
Kedua-dua pihak mengadakan komunikasi yang mendalam, komprehensif, mesra dan telus berhubung isu garis sempadan dan hubungan dua hala.

Wakil khas kedua-dua negara turut bertukar pandangan secara mendalam mengenai rundingan persempadanan, pengurusan dan kawalan sempadan, penambahbaikan mekanisme berkaitan serta kerjasama rentas sempadan kedua-dua negara.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk memanfaatkan sepenuhnya mekanisme pertemuan wakil khas bagi mencari penyelesaian menyeluruh terhadap isu sempadan secara adil, munasabah dan boleh diterima oleh kedua-dua negara.
China dan India juga menegaskan semula komitmen untuk berpegang kepada prinsip panduan politik yang dipersetujui pada tahun 2005 berdasarkan semangat saling menghormati dan memahami.
Mengharukan! Wira Alam Sekitar Yin Yuzhen Dakap Sahabat dari AS Selepas 26 Tahun
Mission Unlock | Ep 8: Jika Gunung Dan Sungai Pudar, Bagaimana Menyuluh Masa Depan?
Kipas Gergasi Lawan Bahang di Chongqing
Tales of Cities | Haruman Matcha dari Tongren
Jambatan Yongren Tersergam Megah Merentangi Ngarai
- China dan India Mahu Jadi Rakan Kerjasama, Bukannya Pelawan dalam Persaingan
- Xi Adakan Pertemuan dengan Perdana Menteri India, Modi
- Modi Terima Kunjungan Wang Yi di New Delhi
- Rundingan Isu Sempadan China-India Produktif, Capai 10 Konsensus
- Menteri Luar China, India Bincangkan Isu Pembangunan dan Sempadan
- Menteri Luar China Wang Yi akan Lawat India
- China, India Komited Perkukuh Hubungan Dua Hala dan Kerjasama Serantau
- Xi Ucap Takziah kepada Pemimpin India atas Nahas Air India
- Xi, Murmu Bertukar Ucapan Tahniah Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-75 Hubungan Diplomatik China-India
- China, India Perlu Beri Tumpuan kepada Pembangunan dan Kerjasama – MFA