- Lain-lain
Menteri Luar China, Perancis Bincang menerusi Panggilan Telefon
Menteri Luar China Wang Yi mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon dengan rakan sejawatnya dari Perancis, Jean-Noel Barrot pada Isnin.
Wang berkata ketika landskap dunia berdepan suasana tidak menentu, China dan Perancis selaku anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), harus mengukuhkan komunikasi strategik serta bersama-sama menangani risiko dan cabaran.
Beliau menekankan bahawa prinsip satu China merupakan asas politik perkongsian strategik komprehensif China-Perancis.
Pihak Perancis perlu mematuhi prinsip berkenaan melalui tindakan konkrit, selain mengelak daripada sebarang bentuk penglibatan rasmi dengan Taiwan, serta tidak menghantar isyarat salah kepada pemisah 'kemerdekaan Taiwan', kata Wang.
Beliau turut menyuarakan harapan agar Perancis dapat mengambil pendekatan yang pragmatik dan rasional untuk menggalakkan Kesatuan Eropah (EU) bergerak sehaluan dengan China, serta mengekalkan perspektif positif terhadap pembangunan China dan menyumbang kepada kestabilan hubungan China-EU.
- Wang Yi Bertemu Penasihat Hal Ehwal Luar Presiden Perancis di Beijing
- China Bersedia Perdalam Kerjasama dengan Perancis
- Xi Balas Surat Guru, Pelajar Perancis
- Menteri Luar China, Perancis Bincang Situasi Asia Barat
- Mesyuarat Menteri Luar China-Jerman-Perancis Berlangsung di Munich
- Peng Liyuan, Brigitte Macron Kunjungi Teater Seni Rakyat Beijing
- Presiden Xi, Macron Sepakat Tingkat Kerjasama China-Perancis
- Xi, Macro Adakan Pertemuan Tidak Rasmi di Chengdu
- Xi Berunding dengan Presiden Perancis Macron
- Wang Yi Terima Kunjungan Menteri Luar Perancis




