- Lain-lain
China Bersedia Perdalam Kerjasama dengan Perancis
China bersedia bersama-sama Perancis memperdalam pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang terutama ekonomi dan kewangan, demi memajukan hubungan ekonomi bilareal secara stabil dan lestari.
Demikian dinyatakan Naib Perdana Menteri China He Lifeng yang bertugas sebagai Pengerusi pihak China dalam Dialog Kewangan dan Ekonomi Peringkat Tinggi China-Perancis, ketika bertemu dengan Menteri Ekonomi, Kewangan dan Industri, Tenaga dan Kedaulatan Digital, Roland Lescure di Paris, Perancis pada Isnin.
He Lifeng juga berkongsi kemajuan yang dicapai dalam perundingan ekonomi dan perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat yang berlangsung pada masa sekarang.
Sementara itu, Roland Lescure yang bertugas sebagai Pengerusi pihak Perancis dalam Dialog Kewangan dan Ekonomi Peringkat Tinggi Perancis-China menyatakan bahawa Perancis sangat menghargai kerjasama dengan China, dan bersedia bersama-sama China memajukan kerjasama dalam bidang yang substantif melibatkan sektor ekonomi dan kewangan untuk mencapai kemajuan yang lebih besar.
- Xi Balas Surat Guru, Pelajar Perancis
- Menteri Luar China, Perancis Bincang Situasi Asia Barat
- Mesyuarat Menteri Luar China-Jerman-Perancis Berlangsung di Munich
- Peng Liyuan, Brigitte Macron Kunjungi Teater Seni Rakyat Beijing
- Presiden Xi, Macron Sepakat Tingkat Kerjasama China-Perancis
- Xi, Macro Adakan Pertemuan Tidak Rasmi di Chengdu
- Xi Berunding dengan Presiden Perancis Macron
- Wang Yi Terima Kunjungan Menteri Luar Perancis
- Presiden Perancis Macron Dijadual Lawat China
- Wang Yi dan Bonne Adakan Perbualan Telefon




