Xi Balas Surat Guru, Pelajar Perancis

(CRI)Jumaat 13 Mac 2026

Presiden China Xi Jinping membalas surat daripada guru dan pelajar kelas bahasa Cina di sebuah sekolah antarabangsa di Provence-Alpes-Cote d'Azur, Perancis, selain turut menyampaikan harapan baik kepada mereka.

Xi berkata belajar bahasa Cina bukan sahaja membantu mereka memahami negara China, tetapi juga membina jambatan ke arah masa depan yang lebih cerah antara China dan Perancis.

Beliau mengalu-alukan lebih ramai belia dari Perancis dan negara Eropah lain datang ke China untuk belajar, melawat dan melancong supaya dapat melihat sendiri keadaan sebenar di negara China.

Xi turut berharap bahasa Cina yang dipelajari dapat menjadi 'teman' sepanjang hayat mereka.

Baru-baru ini, wakil guru dan pelajar dari sekolah antarabangsa berkenaan menulis surat kepada Xi untuk berkongsi pengalaman mereka mempelajari bahasa Cina serta minat terhadap budaya China.

Video

Berita Berkaitan