Wang Yi Terima Kunjungan Menteri Luar Perancis

(CRI)Khamis 04 Disember 2025
Wang Yi Terima Kunjungan Menteri Luar Perancis

Menteri Luar China Wang Yi menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Perancis Jean-Noel Barrot di Beijing pada Rabu.

Dalam pertemuan tersebut, Wang menyatakan lawatan rasmi keempat Presiden Emmanuel Macron ke China merupakan lawatan penting dalam perkembangan hubungan dua hala, serta turut menarik perhatian masyarakat antarabangsa.

Beliau turut menegaskan mengenai kesan dan keseriusan kenyataan salah pemimpin Jepun berhubung Taiwan, serta pendirian China berhubung perkara itu.

Menurutnya, China dan Perancis merupakan negara yang memperoleh kemenangan dalam Perang Dunia Kedua, justeru kedua-dua negara perlu mempertahankan hasil kemenangan tersebut dan tidak membenarkan Jepun menyentuh soal Taiwan dan mengulangi kesilapan sejarah.

Sementara itu Barrot menyatakan pihaknya tetap berpegang teguh dengan prinsip satu China dan berharap lawatan Presiden Macron kali ini dapat meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama antara rakyat kedua-dua negara.

Katanya Perancis komited memperkasakan autonomi Kesatuan Eropah (EU) dan secara proaktif memajukan hubungan EU-China.

Video

Berita Berkaitan