- Lain-lain
Menteri Luar China, Latvia Bincang Menerusi Telefon
Menteri Luar China Wang Yi mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon dengan rakan sejawatnya dari Latvia, Baiba Braze pada Isnin.
Dalam perbualan itu, Braze menyuarakan harapan untuk memperkukuh komunikasi dan pertukaran dengan China serta memantapkan perkembangan hubungan dua hala.
Beliau turut memaklumkan sejumlah 33 rakyat Latvia dilaporkan hilang dalam bencana banjir lumpur yang berlaku di kawasan sempadan China dan Nepal bulan lepas.
Braze menzahirkan ucapan penghargaan kepada China yang giat melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam bencana berkenaan, serta turut menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.
Sementara itu, Wang berkata China komited untuk mempergiat operasi SAR mangsa yang hilang serta mengendalikan urusan susulan dengan baik.
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik antara China dan Latvia.
Wang berkata China bersedia bersama-sama Latvia mengambil peluang daripada sambutan ulang tahun berkenaan untuk memperkukuh lagi hubungan antara kedua-dua negara.
- Persidangan Kerjasama Inovasi China-Eropah Tengah dan Timur 2026 Berlangsung di Ningbo
- China dan EU Lancar Mekanisme Perundingan Perdagangan dan Pelaburan
- Tren Kargo China-Eropah Catat 4,000 Larian melalui Horgos
- Pemimpin China, Jerman Setuju Tingkatkan Hubungan Perkongsian dan Kerjasama Sama Menang
- Mesyuarat Menteri Luar China-Jerman-Perancis Berlangsung di Munich
- Landskap Politik di Sebalik Siri Lawatan Pemimpin Eropah ke China
- Xi Terima Kunjungan Perdana Menteri Finland
- Wang Yi dan Bonne Adakan Perbualan Telefon
- China Komited Perkasa Kerjasama Perkhidmatan Rel dengan Eropah
- Xi Ucap Tahniah Pertabalan Grand Duke Luxembourg Guillaume




