- Lain-lain
China dan EU Lancar Mekanisme Perundingan Perdagangan dan Pelaburan

Menteri Perdagangan China, Wang Wentao dan Pesuruhjaya Eropah bagi Perdagangan serta Keselamatan Ekonomi dan Perhubungan Antara Institusi serta Ketelusan, Maros Sefcovic, bersama-sama mempengerusikan mesyuarat pertama mekanisme rundingan perdagangan dan pelaburan China-Kesatuan Eropah (EU) di Brussels pada Isnin.
Menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Selasa, kedua-dua pihak menyatakan bahawa China dan EU telah mengesahkan penubuhan rasmi rundingan perdagangan dan pelaburan China-EU.
Sebagai rakan dagang utama, EU dan China bersetuju bahawa tujuan utama mekanisme tersebut adalah untuk mempertingkat dialog dasar perdagangan dan pelaburan di peringkat menteri, bagi menstabilkan hubungan dua hala dan menjadikannya lebih seimbang.
Dalam mesyuarat pertama mekanisme itu, kedua-dua pihak menekankan kepentingan untuk menangani cabaran yang mempengaruhi hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala dengan sewajarnya, serta bersetuju untuk mencari penyelesaian yang mudah dilaksanakan.
Pada peringkat awal, mekanisme itu ditubuhkan berdasarkan empat bidang kerja, iaitu keseimbangan perdagangan dan pelaburan, kawalan eksport, hak harta intelek dan pembaharuan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Semasa mesyuarat itu berlangsung, kedua-dua pihak bersetuju menubuhkan mekanisme pemantauan bersama, bertukar data perdagangan, memantau aliran perdagangan dan menjalankan kerja-kerja teknikal yang berkaitan bagi meningkatkan ketelusan, memupuk saling kepercayaan, serta mengurus dan mengawal geseran perdagangan.
- Eropah Perlu Cuba “Menari Bersama Serigala”
- Perlindungan Perdagangan Bukan Pendekatan Betul Bawa Pemain Industri Eropah Keluar dari Kemelut
- EU Diseru Pertahankan Perdagangan Bebas, Tolak Proteksionisme dan Unilateralisme
- Tren Kargo China-Eropah Catat 4,000 Larian melalui Horgos
- Pemimpin China, Jerman Setuju Tingkatkan Hubungan Perkongsian dan Kerjasama Sama Menang
- Mesyuarat Menteri Luar China-Jerman-Perancis Berlangsung di Munich
- China, Bulgaria Saling Memahami dan Makmur Bersama - Presiden Iotova
- Landskap Politik di Sebalik Siri Lawatan Pemimpin Eropah ke China
- Xi Terima Kunjungan Perdana Menteri Finland
- Wang Yi dan Bonne Adakan Perbualan Telefon




