Pengukuhan Sistem Perdagangan Multilateral Berupaya Rangsang Ekonomi Global - WTO

(CRI)Rabu 16 September 2026

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dijangka meningkat kira-kira 2.9 peratus pada tahun 2050, iaitu peningkatan sebanyak USD3 trilion (RM12.26 trilion) sekiranya sistem perdagangan multilateral diperkukuh.

Bukan itu sahaja, eksport global juga dijangka meningkat sehingga 17.9 peratus.

Jangkaan itu dibuat Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) menerusi Laporan Perdagangan Dunia 2026 yang dikeluarkan pada Selasa.

Pada masa sama, laporan berkenaan turut memberi amaran bahawa sekiranya pelbagai negara tidak mengambil tindakan dan membiarkan peraturan perdagangan multilateral terus lemah, pengeluaran global berpotensi merosot sehingga kira-kira 10 peratus.

Video

Berita Berkaitan