China Bidas Tindakan Sayap Kanan Jepun Guna AI Manipulasi Sejarah Pencerobohan

(CRI)Sabtu 10 Oktober 2026

Jenayah pencerobohan militerisme Jepun adalah bukti sejarah yang kukuh dan sama sekali tidak boleh dinafikan.

Demikian tegas jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning yang menyelar tindakan kumpulan sayap kanan Jepun yang didakwa memanipulasi model kecergasan buatan (AI) antarabangsa bagi memesongkan naratif sejarah Perang Dunia Kedua.

Mao dalam sidang media pada Jumaat berkata, menggunakan teknologi baharu untuk melakukan peracunan data adalah muslihat terbaharu kumpulan sayap kanan Jepun untuk memutarbelitkan serta 'mengindahkan' sejarah pencerobohan mereka.

Katanya, kelakuan itu amat mengguris perasaan rakyat di negara-negara yang menjadi mangsa pencerobohan Jepun, selain terang-terangan mencabar nilai kemanusiaan.

Sehubungan itu beliau menggesa komuniti antarabangsa untuk terus mempertingkatkan kewaspadaan dan bersama-sama menolak sebarang cubaan memanipulasi fakta sejarah berkenaan.

Video

Berita Berkaitan