COP17 Buka Tirai secara Rasmi di Yerevan

(CRI)Isnin 19 Oktober 2026

Mesyuarat ke-17 Persidangan Pihak-Pihak(COP17) Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), membuka tirainya di Yerevan, ibu negara Armenia pada Ahad.

Persidangan yang secara rasmi bermula 19 Oktober dan dijadualkan berakhir pada 30 Oktober ini, memberi tumpuan kepada penilaian kemajuan pelaksanaan "Rangka Kerja Biodiversiti Global (GBF) Kunming-Montreal" yang ditandatangani pada Disember 2022.

Setiausaha Eksekutif bagi Konvensyen Kepelbagaian Biologi di bawah PBB, Astrid Schomaker dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) berkata pihak-pihak yang terlibat dijangka mencapai persetujuan terhadap 54 keputusan sepanjang kira-kira 10 hari COP17 berlangsung.

Diluluskan semasa penganjuran COP15 pada 2022, "GBF Kunming-Montreal" menetapkan 23 matlamat global yang berorientasikan tindakan menjelang tahun 2030 bagi menghenti dan memulihkan kemerosotan biodiversiti serta kerosakan dan kehilangan alam semula jadi.

Video

Berita Berkaitan