China Pamer Hasil Inisiatif Tangani Penggurunan di Persidangan PBB

(CRI)Isnin 24 Ogos 2026

Pameran "China Corner" didirikan di Persidangan Pihak-Pihak ke-17 (COP17) Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Memerangi Penggurunan (UNCCD)di Ulan Bator, Mongolia, untuk mempamerkan pencapaian China dalam usaha memerangi penggurunan.

Pada masa sama, delegasi China turut memanfaatkan pameran tersebut berkongsi pengalaman negara ini dalam memulihkan kawasan terjejas dan perlindungan padang rumput serta hasil kerjasama antarabangsa dalam usaha berkenaan.

Video

Berita Berkaitan