- Lain-lain
China Manfaat Teknologi Pintar, Naik Taraf Pengangkutan

Foto dron bertarikh 19 Jun 2025 ini menunjukkan robot pengangkutan pintar di sebuah terminal kontena di Pelabuhan Tianjin, utara China. (Xinhua/Zhao Zishuo)
Bagi pemandu yang melalui Jambatan Sungai Kuning Guandu di provinsi Henan, perjalanan ini mungkin cuma suatu rutin di sebuah lebuh raya yang sibuk. Sebenarnya, terdapat sebuah rangkaian teknologi digital pintar yang sofistikated dan tidak dapat dilihat, bekerja keras mengelola dari atas dan bawah asfalt.
Sistem berkenaan dibangunkan untuk mengatasi satu cabaran praktikal. Dibuka pada 2019, jambatan lapan lorong ini telah lama menghadapi tekanan besar dari segi penyenggaraan dan pengurusan keselamatan. Menggantikan kaedah lama yang banyak kelemahan terutamanya respons yang perlahan dan tahap kecekapan rendah, satu model operasi pintar diperkenalkan, meliputi seluruh proses pengurusan jambatan.
Pada Mac 2025, pihak pengurusan menubuhkan unit pemeriksaan dron khas yang dilengkapi dengan dua jenis dron. Dron berbilang rotor mengendalikan pemeriksaan terperinci permukaan jambatan, penentusahan risiko dan model 3D, manakala dron sayap tetap memantau kawasan 35 kilometer sekali penerbangan untuk rondaan jarak jauh di lebuh raya.
Bersama-sama pasukan pengelolaan jalan dan kru penyenggaraan manual, dron ini membentuk sebuah sistem “pemantauan rondaan udara + darat”, bertujuan membekalkan liputan serba cuaca seluruh kawasan.
Dilihat dari sudut teknologi pintar, yang tidak terhad kepada pemantauan dari udara semata-mata, terdapat juga sebuah model digital lengkap yang mereplikakan dek, rel adang, tiang dan kemudahan-kemudahan sampingan dalam persekitaran maya. Peranti pemerhatian radar membantu sistem ini mengesan kenderaan yang diletakkan secara haram, pencerobohan serta sebarang keabnormalan meskipun pada waktu malam atau keadaan berkabus. Apabila risiko dikesan, amaran disampaikan kepada model 3D tersebut dan ditunjukkan dengan tepat, menggantikan amalan lama yang menganggarkan kedudukan mengikut batu penanda.
Penaiktarafan ini merupakan sebahagian usaha lebih meluas di provinsi Henan, tengah China, yang telah membawa kepada penggunaan peralatan pengesan pantas keadaan jalan dan juga sebuah platform penyenggaraan pintar.
Menurut Kementerian Pengangkutan, pada 2025, sebanyak 696 jambatan rentang panjang merentasi sungai, laut dan gaung telah dimasukkan dalam rangkaian pemantauan tiga tahap yang menyambungkan sistem jambatan negara, provinsi dan khas, dengan serta-merta mengongsikan data asas serta maklumat pemantauan dan amaran.
“AI + pengangkutan telah menjadi gagasan utama baharu yang mendorong kekuatan China dalam pengangkutan,” kata Wang Yunpeng, pengerusi Persatuan Sistem Pengangkutan Pintar China. Beliau turut menekankan bahawa rangkaian pengangkutan moden, komprehensif dan pelbagai mod yang sedang terbentuk, mempercepat langkah menuju pendigitalan, status negara pintar, integrasi dan pembangunan hijau.
- 334 Juta Orang Lakukan Perjalanan Rentas Wilayah pada 1 Oktober
- Penyelidik China Kemuka Teori Baharu Pulsar Milisaat Dibentuk
- China Capai Lonjakan dalam Rantaian Nilai Teknologi Tinggi: Mantan PM Itali
- Industri Teknologi Tinggi China Catat Pertumbuhan Kukuh Awal 2026
- Pembentukan Landskap Teknologi Baharu China, Momentum Kuat bagi Pertumbuhan Ekonomi Dunia
- Ketibaan Pengembara Rentas Daerah 5.08 Bilion Orang 20 Hari Pertama Sambutan TBC 2026
- Ekonomi Pengangkutan China Kekal Stabil pada 2025
- China Kemas Kini Jadual Perjalanan Keretapi Mulai 26 Januari
- Forum Ekspo China untuk Kerjasama Antarabangsa 2026 Sasarkan Masa Depan Teknologi Pintar
- Pengangkutan Pintar Jadikan Perjalanan Lebih Mudah dan Selamat




