- Lain-lain
UNGA Luluskan Resolusi Gesa AS Hentikan Sekatan terhadap Cuba
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-81 meluluskan resolusi yang menegaskan bahawa "sekatan ekonomi, komersial, dan kewangan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Cuba mesti ditamatkan".
Dalam undian bersejarah yang berlangsung pada Rabu itu, sebanyak 130 negara menyatakan sokongan padu, manakala 17 negara membantah dan 25 lagi mengambil pendirian berkecuali.
Untuk rekod, AS mengenakan sekatan ekonomi, komersial dan kewangan terhadap Cuba sejak tahun 1962 dan berlarutan sehingga kini.
Pihak berkuasa Cuba juga mendedahkan bahawa ancaman keselamatan terbaharu ke atas negara itu juga kian meningkat selepas Presiden Donald Trump berulang kali mengeluarkan amaran keras bahawa "Cuba adalah sasaran seterusnya", susulan tindakan ketenteraan yang dilancarkan AS terhadap Venezuela dan Iran pada tahun ini.
- Tentera AS Gempur Bot Laju di Lautan Pasifik, Lima Maut
- Tentera AS Didakwa Rompak, Bunuh Wanita di Okinawa
- Defisit Belanjawan AS Cecah USD2 Trilion
- AS Cadang Kenakan Bayaran Tinggi bagi Program OPT untuk Pelajar Antarabangsa
- Operasi Mencari Penumpang Pesawat Terhempas Diteruskan
- Kebakaran Hutan California Merebak Hingga 400 Hektar
- Fed Naikkan Kadar Faedah Buat Pertama Kali Sejak 2023
- AS Digesa Henti Bangunkan Ketenteraan di Angkasa Lepas
- Iceland Luah Rasa Tidak Puas Hati terhadap AS
- Kanada Mulakan Tindak Balas Tarif terhadap AS




