Import dan Eksport Kawasan Teluk Besar dengan Entiti Ekonomi APEC Kekal Mantap

(CRI)Ahad 01 November 2026

Jumlah import dan eksport Kawasan Teluk Besar (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macau dengan entiti ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) merekodkan RMB5.58 trilion (RM3.39 trilion) pada tiga suku pertama tahun ini, sekali gus menyaksikan peningkatan 26.7 peratus berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Menurut statistik kastam, angka tersebut merupakan paras tertinggi baharu bagi tempoh sama dalam sejarah dan menandakan pertumbuhan tahunan selama 20 bulan berturut-turut.

Antara produk yang menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan perdagangan luar rantau itu termasuk produk mesra alam dan barangan perkilangan berteknologi tinggi seperti produk mekanikal dan elektrik serta litar bersepadu.

Video

Berita Berkaitan