Shenzhen Sedia untuk APEC

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 20 Oktober 2026

Suasana memuncak di Shenzhen menjelang penganjuran mesyuarat APEC. (People's Daily Online/Wang Xing)

Suasana memuncak di Shenzhen menjelang penganjuran mesyuarat APEC. (People's Daily Online/Wang Xing)

Sesi ke-33 mesyuarat pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijadualkan berlangsung di Shenzhen, provinsi Guangdong, selatan China, pada 18 hingga 19 November. Ini merupakan kali ketiga China menjadi tuan rumah. Demi memudahkan perjalanan dan urusan harian delegasi dan pelawat antarabangsa, Shenzhen sedang memperhebat persiapan termasuk dalam aspek keluar masuk sempadan, perkhidmatan awam dan juga penglibatan orang ramai.

Bangunan Pemeriksaan Bersama Pelabuhan Huanggang mula operasi. (People's Daily Online/Wang Xing)

Bangunan Pemeriksaan Bersama Pelabuhan Huanggang mula operasi. (People's Daily Online/Wang Xing)

Lapangan Terbang Antarabangsa Bao’an sedang merintis pelaksanaan prosedur baharu yang mampu mengurangkan masa pemeriksaan penumpang pada waktu puncak daripada 45 minit kepada tidak sampai 15 minit. Hampir 400 papan tanda baharu dalam bahasa Cina, Inggeris, Jepun, Korea dan lain-lain juga telah dipasang.

Foto menunjukkan papan tanda awam dalam bahasa Cina dan Inggeris di Shenzhen. (People's Daily Online/Wang Xing)

Foto menunjukkan papan tanda awam dalam bahasa Cina dan Inggeris di Shenzhen. (People's Daily Online/Wang Xing)

Selain itu, lebih daripada 7,000 peranti terjemahan pintar telah ditempatkan di stesen bas dan subway, pusat khidmat awam, tapak budaya dan kemudahan sukan di merata Shenzhen. Lebih 5,000 teksi dilengkapi dengan peranti berkuasa AI yang menyokong terjemahan dalam masa nyata menggunakan 140 bahasa. Lebih memudahkan, nama Inggeris tersedia di kesemua 11,000 perhentian bas seluruh bandar, dan penumpang boleh mengimbas kod QR pada papan tanda perhentian bas untuk mendapatkan maklumat laluan bas dalam bahasa Inggeris berserta waktu tiba dalam masa nyata.

Untuk membuat bayaran, kesemua 432 stesen di 11 laluan metro Shenzhen menerima pembayaran tanpa sentuh menggunakan bank luar negara. Setakat Julai lalu, 41,000 peniaga seluruh bandar menerima kad bank luar negara, disokong oleh 51,000 terminal tempat jualan.

Penduduk Shenzhen menulis nama pada papan sebagai tanda menyokong mobiliti hijau. (People's Daily Online/Wang Xing)

Penduduk Shenzhen menulis nama pada papan sebagai tanda menyokong mobiliti hijau. (People's Daily Online/Wang Xing)

Sebanyak 14 universiti di Shenzhen telah menubuhkan pasukan sukarelawan bagi menyediakan perkhidmatan berkaitan APEC. Penjawat awam juga melibatkan diri dalam pemeriksaan keselamatan di peringkat komuniti, membantu menjamin lalu lintas teratur, menunjuk arah kepada pelawat di tapak acara, dan menyokong aktiviti pertukaran antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan