Mesyuarat Menteri Luar, Menteri Perdagangan APEC Fokuskan Pembinaan Komuniti Asia Pasifik

(CRI)Rabu 04 November 2026

Mesyuarat Menteri Luar dan Menteri Perdagangan Asia Pasifik (APEC) ke-37 berlangsung menerusi pautan video di Beijing pada Selasa.

Mesyuarat kali ini dipengerusikan bersama oleh Menteri Luar China, Wang Yi dan Menteri Perdagangan, Wang Wentao.

Wang Yi yang juga merupakan Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata, China pada tahun ini sekali lagi menjadi tuan rumah bagi persidangan APEC selepas 12 tahun berlalu.

China besedia bersama dengan semua anggota APEC memfokuskan tiga bidang utama iaitu 'keterbukaan, inovasi, dan kerjasama', dengan berkisar pada tema 'Building an Asia-Pacific Community to Prosper Together'.

Pada masa yang sama, lebih 300 sesi mesyuarat dan aktiviti dalam pelbagai jenis bentuk telah diadakan dengan jayanya dan membuahkan hasil kerjasama yang memberangsangkan sepanjang tahun ini yang sinonim dengan ''Tahun China APEC'.

Beliau berkata, China komited bersinergi dengan pelbagai anggota APEC bagi memperincikan pembinaan komuniti bersama Asia-Pasifik.

Wang Yi menyeru agar semua pihak memperkukuh asas perpaduan dengan mempraktikkan konsep komuniti, membina paradigma yang bersifat terbuka demi mengekalkan trend pengintegrasian, bekerjasama membina ekosistem yang inovatif bagi mewujudkan penggerak pertumbuhan yang baharu, sambil memperluas saluran kerjasama supaya merealisasikan pembangunan mampan.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Wang Wentao pula menyatakan bahawa situasi antarabangsa kini berada dalam keadaan kelam-kabut, dan rantaian bekalan menghadapi risiko yang makin menonjol ke arah berpecah-belah di sebalik landskap ekonomi global yang kekal lembap dan merosot.

Dalam konteks ini, pelbagai negara anggota APEC sepatutnya terus menyumbangkan pelan masing-masing yang mempunyai identiti tersendiri yang praktikal dan efisien untuk pembangunan Asia-Pasifik bahkan dunia.

Beliau menyarankan bahawa perlunya berpegang kepada perdagangan bebas, mewujudkan model pembangunan yang terbuka dan menang-menang, mencari enjin pacuan inovasi untuk pertumbuhan yang dinamik, serta berkolaborasi dan bergotong-royong membina orde perdagangan dan ekonomi antarabangsa yang adil dan munasabah.

Sementara itu, para peserta memberi pujian terhadap kemajuan kerjasama dalam pelbagai bidang dalam tempoh 'Tahun China APEC' dan konsensus yang tercapai antara satu sama lain.

Mereka menzahirkan keinginan untuk bersama-sama berusaha memastikan kerja-kerja yang ditetapkan pada 'Tahun China APEC' dijalankan dengan lancar, sekali gus menjayakan Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin APEC ke-33 yang dijadual berlangsung di Shenzhen pada 18 hingga 19 November nanti.

Video

Berita Berkaitan