Laporan Keterbukaan Dunia 2026 Dilancarkan

(CRI)Jumaat 06 November 2026

Laporan Keterbukaan Dunia 2026 dilancarkan sempena Forum Ekonomi Antarabangsa Hongqiao di Shanghai pada Khamis, sekali gus menandakan tahun keenam berturut-turut laporan itu dikeluarkan.

Dapatan laporan tersebut menunjukkan bahawa pada tahun 2025, Indeks Keterbukaan Dunia mencatat penurunan paling ketara dalam tempoh hampir sedekad.

Bagaimanapun, indeks keterbukaan bagi kelompok ekonomi baru muncul dan entiti ekonomi membangun dilaporkan meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Laporan berkenaan juga menyebut bahawa tahap keterbukaan pasaran China kekal antara yang tertinggi dalam kalangan negara membangun.

Video

Berita Berkaitan