- Lain-lain
FYP ke-15 China Bawa Peluang Baharu dalam Sektor Mesra Alam, Perubatan dan Kesihatan
Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-9 yang dirasmikan di Shanghai pada 5 Nov lalu dibuka kepada pengunjung awam bermula Ahad.
Syarikat pempamer asing yang menyertai ekspo itu menyatakan hasrat untuk mencari peluang kerjasama yang dijana Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-15 China.
Menurut usahawan asing, sektor mesra alam dan kesihatan antara bidang yang berpotensi membawa peluang baharu.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Eksport Kacang Soya Amerika Syarikat (USSEC), Jim Sutter berkata bahawa pihaknya memberi perhatian tinggi terhadap FYP ke-15 China.
"Saya telah mengkaji dokumen FYP ke-15 China dan mendapati terdapat beberapa bidang di mana industri kacang soya Amerika Syarikat boleh bekerjasama dengan China.
"Saya amat menantikan untuk meningkatkan kerjasama dengan China," kata Sutter.
Di samping itu, banyak syarikat asing telah menggubal rancangan pembangunan baharu untuk mengembangkan sayap di negara Tembok Besar.
Selain memperluas pelaburan, mereka juga berhasrat untuk berganding bahu dengan syarikat China untuk menembusi pasaran global.
CEO global Syarikat BECHI Sepanyol, Francisco Javier Galdeano Gomez berkata pihaknya akan terus meningkatkan peruntukan dalam penyelidikan sains di China.
"Kami akan mempergiat kerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) dan institut penyelidikan di China supaya membawa lebih banyak produk bermutu ke negara ini dan memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pengguna tempatan," kata beliau.
- China Buat Julung Kali Rangka Rancangan Lima Tahun bagi Perlindungan Warisan Budaya
- Xi Seru Usaha Majukan Inisiatif China Sihat
- FYP-15 China, Senarai Peluang Kerjasama untuk Dunia - Xi
- Mission Unlock | Ep 3: Bagaimana Perjalanan Harian Dapat Mengubah Hidup
- Mission Unlock | Ep 1: Terlalu Bergantung pada Perkilangan? Kilang Lama Ini Ada Cerita Berbeza
- Buku Hijau Pelancongan China Disiar
- Analisis Data Papan Pesanan Pemimpin Sepanjang FYP ke-14
- Pelan Lima Tahun ke-15 Dari Perspektif Syarikat Asing
- Mesyuarat kedua Presidium Sidang keempat NPC ke-14 Berlangsung
- Petunjuk Utama FYP ke-15 Diperincikan




