- Lain-lain
Pelan Lima Tahun ke-15 Dari Perspektif Syarikat Asing

Kereta Api Ekspres China-Eropah menunggu untuk berlepas dari stesen Manzhouli, China Railway Harbin Group Co., Ltd., 26 Februari 2026. (Huang Xu/Xinhua)
Sepanjang tempoh Pelan Lima Tahun ke-14, output ekonomi China terus-menerus melepasi empat tanda aras sepuluh trilion yuan, mendahului ekonomi-ekonomi utama dunia dengan kadar pertumbuhan KDNK tahunan purata 5.4%. Kini, Pelan Lima Tahun ke-15 sekali lagi membentangkan sebuah cetak biru pembangunan yang telus, stabil, dan boleh jangka.
“DHL Express telah lama optimistik dan komited untuk melabur dalam pasaran China.” Wu Dongming, CEO DHL Express China dalam temu bual bersama People’s Daily Online berkata bahawa tahun ini merupakan ulang tahun ke-40 operasi syarikat tersebut di China. “Sepanjang 40 tahun lalu, kami telah menjadi saksi bahkan giat terlibat dalam kemajuan ekonomi serta proses globalisasi China. Memandang ke tempoh Pelan Lima Tahun ke-15, kami akan terus menambah pelaburan, mengoptimumkan perkhidmatan, dan teguh menyokong globalisasi syarikat China.”
Anna, presiden Henkel Greater China, percaya bahawa “pasaran China memperlihatkan daya tahan dan potensi pertumbuhan jangka panjang yang tinggi” dan pihaknya yakin akan pertumbuhan ekonomi China pada tempoh Pelan Lima Tahun ke-15.
2026 merupakan ulang tahun ke-150 Henkel, juga genap 55 tahun syarikat itu beroperasi di China. Beliau menyatakan, pada masa depan, Henkel akan terus menanam modal dalam inovasi, pengeluaran dan pembangunan bakat tempatan, sekali gus mengukuhkan lagi kemampuan penyetempatan agar seiringan membuka lembaran baharu pembangunan berkualiti tinggi pada tempoh Pelan Lima Tahun ke-15 China.
Apakah sumber keyakinan syarikat asing terhadap China?
Dr. Liu Yunfeng, naib presiden eksekutif Volkswagen Group China, memberitahu People’s Daily Online bahawa kelebihan yang dimiliki oleh pasaran China yang berskala raksasa tetap ketara. Kekuatan komprehensif dapat dilihat dalam kelengkapan sistem perindustrian, pembangunan infrastruktur, serta kemampuan inovasi yang sukar ditiru oleh negara lain. Faktor-faktor ini menjadi asas kukuh untuk pembangunan ekonomi China dalam jangka panjang.
Memetik Laporan Risiko Global 2026 yang diumumkan oleh Forum Ekonomi Dunia, ketidakpastian ialah risiko paling jelas yang dihadapi dunia tahun ini. Sumbangan China kepada pertumbuhan ekonomi global kekal sekitar 30%, menjadi “sauh kestabilan” yang paling kuat bagi ekonomi dunia. China terus mendepangkan tangan kepada dunia, menyuntik arus kepastian yang tidak terhalang, dan berkongsi peluang pembangunan dengan semua.
- Mesyuarat kedua Presidium Sidang keempat NPC ke-14 Berlangsung
- Xi Mahu Kemajuan Mantap Dicapai dalam Inisiatif "China yang Sihat" Semasa Rancangan Lima Tahun ke-15
- Petunjuk Utama FYP ke-15 Diperincikan
- Pucuk Pimpinan PKC Bincang Draf FYP ke-15 dan Laporan Kerja Kerajaan
- Xi Mahu Permulaan Baik dalam Pelaksanaan FYP ke-15
- Xi Ucap Selamat TBC kepada Tokoh Bukan Anggota PKC
- Surat Pekeliling No. 1 MPP Dikeluarkan, Fokus Pemodenan Pertanian dan Luar Bandar
- Kerja Luar Bandar China Fokuskan Tiga Kata Kunci
- Ruang Pasaran China, Ahli APEC Lain Terus Diperluas: GACC
- Delegasi PKC Adakan Sesi Penerangan Semangat Sidang Pleno Keempat Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC




