- Lain-lain
Analisis Data Papan Pesanan Pemimpin Sepanjang FYP ke-14
![]() |
| Fan Zhengwei, presiden People’s Daily Online, mengumumkan Laporan Analisis Data mengenai Papan Pesanan Pemimpin People’s Daily Online pada tempoh Pelan Lima Tahun ke-14 pada satu sidang kerja dalam talian. (Foto oleh Fu Hao, People's Daily Online) |
Satu sidang kerja dalam talian diadakan di Kunming pada Jumaat atas anjuran People’s Daily Online, bagi merumuskan data mengenai Papan Pesanan Pemimpin pada tempoh Pelan Lima Tahun ke-14 (2021-2025).
Laporan analisis yang diumumkan menunjukkan bahawa dalam tempoh tersebut, maklum balas daripada orang awam telah meningkat 178.8% berbanding tempoh Pelan Lima Tahun ke-13. Antaranya, 3.8 juta mesej telah dijawab oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
Fan Zhengwei, presiden People’s Daily Online, telah menganalisis tiga trend signifikan yang dapat diperhatikan dalam maklum balas orang awam sepanjang tempoh Pelan ke-14.
Pertama, saranan berkaitan penggunaan menjadi titik fokus baharu bagi isu-isu membabitkan kehidupan, mencerminkan sentimen awam yang kuat untuk memperluas permintaan domestik dan merangsang penggunaan. Pada 2025, nisbah saranan melibatkan sektor penggunaan telah meningkat 21.3 mata peratusan berbanding 2023, menduduki tangga pertama antara semua sektor.
Kedua, terdapat pertambahan signifikan dalam mesej berkaitan hak pekerja, mencerminkan perhatian masyarakat terhadap landskap pekerjaan yang berkepelbagaian. Nisbah mesej daripada pekerja korporat meningkat daripada 6.2% pada 2021 kepada 11.7% pada 2025.
Ketiga, nisbah mesej berkaitan perumahan serta pembangunan bandar dan luar bandar telah menurun dengan ketara, mencerminkan kemajuan besar dalam usaha menjamin mata pencarian rakyat. Pada 2025, nisbah mesej berkenaan turun 12.7 mata peratusan berbanding 2021.
Memetik dapatan yang relevan, Fan menegaskan bahawa hampir 80% data pengajian akademik antarabangsa berbahasa Inggeris yang menyentuh tentang langkah balas kerajaan China datangnya daripada Papan Pesanan Pemimpin dan platform Saranan Rakyat kendalian People’s Daily Online.
![]() |
| Laporan Analisis Data mengenai Papan Pesanan Pemimpin People’s Daily Online pada tempoh Pelan Lima Tahun ke-14. |
- Pelan Lima Tahun ke-15 Dari Perspektif Syarikat Asing
- Mesyuarat kedua Presidium Sidang keempat NPC ke-14 Berlangsung
- Petunjuk Utama FYP ke-15 Diperincikan
- Pucuk Pimpinan PKC Bincang Draf FYP ke-15 dan Laporan Kerja Kerajaan
- Xi Mahu Permulaan Baik dalam Pelaksanaan FYP ke-15
- Xi Ucap Selamat TBC kepada Tokoh Bukan Anggota PKC
- Surat Pekeliling No. 1 MPP Dikeluarkan, Fokus Pemodenan Pertanian dan Luar Bandar
- Kerja Luar Bandar China Fokuskan Tiga Kata Kunci
- Delegasi PKC Adakan Sesi Penerangan Semangat Sidang Pleno Keempat Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC
- Understand China | Agenda dan Matlamat Pelan Lima Tahun ke-15






