- Lain-lain
China Hargai Keputusan Papua New Guinea Tutup "Pejabat Ekonomi Taipei" - MFA

China menghargai keputusan yang dibuat oleh kerajaan Papua New Guinea untuk menutup "Pejabat Ekonomi Taipei" di negara kepulauan itu.
Tindakan berkenaan sekali lagi mencerminkan bahawa pendirian yang berpegang kepada prinsip Satu China adalah selaras dengan aspirasi masyarakat antarabangsa terhadap perkembangan semasa.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar (MFA) China, Guo Jiakun dalam taklimat media di Beijing pada Isnin.
Beliau turut menyatakan kesediaan China untuk terus memperkukuh hubungan dan kerjasama dengan Papua New Guinea, khususnya dalam menyokong kepentingan teras dan perkara yang menjadi perhatian utama kedua-dua negara.
China ingin meningkatkan import gas asli cecair (NGL) daripada Papua New Guinea, memperkasakan kerjasama bilateral dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan perdagangan bagi terus memperkukuh perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara, kata Guo.
Kenyataan tersebut sebagai reaksi terhadap pengumuman jabatan "hal ehwal luar" wilayah Taiwan China yang bertindak menutup "Pejabat Ekonomi Taipei" di Port Moresby pada 6 November.
Dilaporkan, jabatan berkenaan juga mendakwa pihak Taiwan tidak akan menandatangani sebarang perjanjian berhubung pembelian NGL pasaran tunai dengan Papua New Guinea.
Pihak Taiwan turut menyatakan bahawa Papua New Guinea secara unilateral mengarahkan kakitangan wilayah Taiwan untuk meninggalkan negara itu dalam tempoh yang ditetapkan, dan secara paksa mendorong kepada penutupan "pejabat" berkenaan.
- Xi, Dadae Bertukar Ucapan Tahniah Sambutan 50 Tahun Hubungan Diplomatik
- Beijing Gesa Manila Pegang Prinsip Satu China
- China Hargai Kenyataan PM Malaysia Berhubung Isu Taiwan
- Sekretariat Forum Kepulauan Pasifik Didesak Patuhi Prinsip Satu China
- China Puji Korea Selatan Tegaskan Pendirian Satu China
- Merdeka Dibantu Kuasa Asing atau Guna Kekuatan, Hanyalah Ilusi
- AS Perlu Berhati-hati Mengendalikan Hal Taiwan
- Kenyataan China Berhubung Penolakan WHA ke-79 Terhadap Usul Berkaitan Taiwan
- Cubaan Lai Takkan Ubah Fakta Taiwan Sebahagian Wilayah China - MFA
- China Putuskan Tolak Penyertaan Taiwan dalam WHA




