Dari Pokok ke Meja Makan: Perjalanan Sebiji Durian

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 16 November 2026

Di sebuah dusun di Malaysia, AI membantu pekebun membilang buah durian hanya dengan mengambil gambar menggunakan telefon. Di Lapangan Terbang Bao’an Shenzhen, robot pemeriksa buah-buahan secara automatik memeriksa label, manifes dan sebarang maklumat lain untuk mempermudah pelepasan kastam. Selepas melalui kastam, durian segar dapat sampai ke meja makan secepat dua jam.

Dari pokok ke hujung lidah, perjalanan durian merentas laut telah menghubungkan teknologi, logistik dan perdagangan, hinggakan hasil yang dibuahkan oleh kerjasama Asia Pasifik kini menjadi sesuatu yang dapat dinikmati dalam kehidupan sehari-hari.

Video

Berita Berkaitan