Durian Putih Malaysia diperkenalkan ke China dalam CIIE

(CRI)Isnin 09 November 2026

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-9 sedang berlangsung di Shanghai, China pada masa ini.

Durian putih dari Malayasia buat pertama kali dipamerkan dalam ekspo tersebut.

Durian putih lebih kecil berbanding Musang King dan Black Thorn dan amat popular dalam kalangan pengguna tempatan Malaysia.

Berikutan dengan pelaksanaan dasar pengecualian visa antara China dan Malaysia, jumlah pelancong China yang mengembara ke Malaysia semakin ramai. Setelah merasai durian putih, mereka amat suka buah itu dan jumlah tempah pun meningkat. Itulah sebabnya durian putih dibawa syarikat Malaysia untuk menyertai CIIE kali ini.

Durian putih Malaysia dijangka akan dapat dieksport ke pasaran China menjelang akhir tahun ini dan pengeksportan secara besar-besar bermula Mei tahun 2027.

Video

Berita Berkaitan