Xi Gesa Mahkamah Rakyat Perkukuh Jaminan Kehakiman Demi Pemodenan China

(CRI)Selasa 17 November 2026

Presiden China Xi Jinping menggesa mahkamah rakyat di semua peringkat supaya terus memikul tanggungjawab dengan berkesan dalam memperkukuh jaminan kehakiman demi memajukan pemodenan ala China.

Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat membuat gesaan tersebut dalam arahan penting mengenai kerja berkaitan mahkamah rakyat baru-baru ini.

Beliau berkata sejak Kongres Kebangsaan ke-18 PKC, mahkamah rakyat di semua peringkat telah menjalankan tugasnya dengan baik, iaitu menghukum penjenayah, melindungi rakyat, menyelesaikan pertikaian dan menegakkan keadilan, serta memberikan jaminan kehakiman yang kukuh untuk pembangunan, kestabilan dan pembaharuan.

Menuju ke hadapan, Xi menekankan keperluan untuk melaksanakan secara menyeluruh pemikiran pentadbiran berdasarkan undang-undang sosialis bercirikan China bagi era baharu, berpegang teguh kepada kepimpinan Parti serta mengutamakan kepentingan rakyat.

Beliau turut menggesa sistem kehakiman supaya terus menempuh jalan pentadbiran berdasarkan undang-undang sosialis bercirikan China bagi menyumbang kepada pembinaan China yang lebih aman dan berteraskan undang-undang pada tahap lebih tinggi.

Arahan penting Xi tersebut disampaikan pada Persidangan Kerja Mahkamah Kebangsaan ke-23 yang berlangsung di Beijing pada 16 hingga 17 Nov.

Video

Berita Berkaitan