Jawatankuasa Pusat PKC Anjurkan Majlis Libat Urus dengan Perwakilan Bukan Ahli Parti

(CRI)Isnin 02 November 2026

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) telah mengadakan satu majlis libat urus dengan perwakilan bukan ahli Parti di Zhongnanhai pada 21 Ogos lalu untuk mendengar cadangan dan pendapat dari pemimpin parti komponen, persekutuan perdagangan dan perindustrian kebangsaan, serta wakil bukan ahli Parti mengenai keputusan PKC tentang beberapa isu seperti secara berterusan memacu tadbir urus dalaman PKC dengan komprehensif dan ketat.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping mempengerusikan majlis libat urus itu dan menegaskan bahawa agenda tadbir urus dan pemerkasaan Parti perlu diletakkan pada kedudukan lebih tinggi daripada agenda pentadbiran dan pemerkasaan negara.

Pihak pemerintah akan menghadapi persekitaran yang semakin kompleks seiring dengan tempoh pentadbirannya menjadi semakin panjang, maka perlunya untuk meningkatkan kesedaran terhadap kemungkinan berlaku suatu bahaya, risiko atau ancaman.

Selain itu, usaha yang berterusan juga perlu dilakukan secara menyeluruh untuk memastikan tadbir urus Parti berjalan dengan ketat, dan peranan PKC sebagai tampuk kuasa yang kuat dalam landskap pembangunan China mengikut acuan negara sosialis terjamin.

Video

Berita Berkaitan