PKC Ada Kelebihan Yang Tidak Dimiliki Mana-mana Parti Politik Lain di Dunia

(CRI)Jumaat 30 Oktober 2026

Organisasi Parti di semua peringkat, termasuk pegawai dan ahli Parti berperanan sebagai ejen utama dalam melaksanakan pengurusan Parti secara menyeluruh dan ketat, serta menjadi tunjang utama dalam memajukan perjuangan Parti dan negara.

Demikian dinyatakan Timbalan Ketua Eksekutif Jabatan Organisasi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Huang Jianfa dalam satu sidang media pada Jumaat, sewaktu memperkenalkan dan menghuraikan prinsip-prinsip daripada Sidang Pleno Kelima Jawatankuasa Pusat PKC Ke-20.

"Kini, Parti kita mempunyai lebih 100 juta ahli dan lebih 5.4 juta organisasi Parti peringkat asas, ini adalah kelebihan kuat yang tidak dimiliki oleh mana-mana parti politik lain di dunia," ujar beliau.

Video

Berita Berkaitan