- Lain-lain
CCDI Perincikan Usaha China Banteras Rasuah Mengikut Acuan Sendiri

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan sidang media di Beijing pada Jumaat bagi memperincikan prinsip panduan sidang pleno kelima Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC.

Naib Setiausaha Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat (CCDI) PKC, Zhang Fuhai berkata resolusi berkaitan konsistensi dalam memajukan tadbir urus Parti secara menyeluruh dan ketat, antara hasil penting yang diluluskan sempena sidang pleno berkenaan.
Menurut beliau, resolusi itu memfokuskan kepada usaha berterusan dalam memerangi gejala rasuah mengikut acuan China sendiri, membabitkan aturan terperinci dari beberapa aspek.
Zhang berkata pendirian tegas akan dikekalkan dalam membanteras rasuah, dengan mempergiat usaha menangani gejala rasuah dalam sektor yang mempunyai kuasa membuat keputusan serta mengelola aliran yang besar dan sumber yang banyak.
Tumpuan khusus diberikan kepada usaha menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kes rasuah yang melibatkan pakatan sulit antara ahli politik dengan golongan peniaga, serta campur tangan pengaruh modal ke dalam bidang politik.
Usaha turut dipertingkat untuk membongkar dan menyiasat secara menyeluruh segala bentuk rasuah baharu serta amalan rasuah tersembunyi, di samping membanteras secara berterusan salah laku dan gejala rasuah yang menjejaskan kepentingan rakyat, ujar beliau.
China melarang keras salah guna kuasa dalam kalangan mereka yang diamanahkan dengan jawatan dan kuasa, kata beliau sambil menambah bahawa nilai dan integriti murni perlu terus ditanam dalam setiap anggota PKC dan diamalkan semua.
- Sidang Pleno Kelima Jawatankuasa Pusat Ke-20 PKC Keluarkan Pengumuman
- Sidang Pleno Ke-5 Jawatankuasa Pusat Ke-20 PKC Jadi Tumpuan Masyarakat Dunia
- Teks Ucapan Xi Jinping Sempena Ulang Tahun Ke-90 Kemenangan 'Long March' Diterbitkan
- Sidang Pleno Kelima Jawatankuasa Pusat Ke-20 PKC Buka Tirai di Beijing
- Xi Pengerusikan Mesyuarat Bahas "Laporan Komprehensif Pemeriksaan Jawatankuasa Pusat PKC Ke-20 dalam Pusingan Ketujuh"
- Ingati Sejarah untuk Mara ke Hadapan - Xi
- China Terbitkan Syiling Memperingati Ulang Tahun ke-90 Kemenangan Long March
- Majlis Peringati Ulang Tahun Ke-90 Kemenangan Tentera Merah China semasa Long March di Beijing
- Xi Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-70 Penubuhan Institut Sosialisme Pusat
- Artikel Xi Mengenai Tanggungjawab dalam Pentadbiran Parti Diterbitkan dalam Jurnal Qiushi ke-17




