Sidang Pleno Ke-5 Jawatankuasa Pusat Ke-20 PKC Jadi Tumpuan Masyarakat Dunia

(CRI)Khamis 29 Oktober 2026

Langkah berterusan China dalam memperkasa tadbir urus parti secara menyeluruh dan ketat merupakan satu agenda yang membawa impak amat besar, sekaligus menjadi tunjuang utama kepada pemacuan pembangunan berkualiti tinggi serta agenda modenisasi ala China.

Demikian pandangan pemerhati global terhadap Sidang Pleno Kelima Jawatankuasa Pusat Ke-20 Parti Komunis China (PKC).

Pengerusi Pusat Prmosi Perdagangan Malaysia-China, Howard Lee Chuan How berkata fokus persidangan kali ini yang memberi tumpuan kepada pembinaan serta pengukuhan dalaman parti adalah amat tepat pada masanya.

Ujarnya kekuatan PKC yang berakar umbi daripada disiplin yang amat ketat serta ideologi yang kukuh menjadi pemandu utama yang membolehkan rakyat di negara ini melangkah dengan yakin di atas landasan pembangunan pemodenan.

Video

Berita Berkaitan