Xi Bertemu Presiden Vietnam To Lam di Shenzhen

(CRI)Selasa 17 November 2026

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, To Lam di Shenzhen pada Selasa pagi, sempena kehadiran pemimpin itu ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Ke-33.

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata, pada tahun-tahun kebelakangan ini, pemimpin tertinggi kedua-dua parti dan negara China-Vietnam telah mengekalkan pertukaran lawatan yang rapat, dan mencapai persepakatan penting untuk mempercepat pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam yang mempunyai makna strategik pada tahap yang lebih tinggi.

Video

Berita Berkaitan