Presiden Xi akan Hadir Sidang Kemuncak APEC 2026 di Shenzhen

(CRI)Jumaat 13 November 2026

Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-33 akan berlangsung di bandar Shenzhen, selatan China pada 18 hingga 19 Nov ini dengan tema “Building an Asia-Pacific Community to Prosper Together.”

Presiden China, Xi Jinping akan mempengerusikan mesyuarat tersebut dan menyampaikan ucapan.

Perkara tersebut diumumkan jurucakap Kementerian Luar China pada Jumaat.

Sementara itu, menurut jurucakap itu, Sidang Kemuncak CEO APEC akan diadakan di Shenzhen pada 17 hingga 18 Nov dengan tema “To Prosper and Win the Future Together.”

Presiden Xi akan menghadiri majlis pembukaan sidang kemuncak itu dan menyampaikan ucaptama.

AELM tahunini bertemakan "membina bersama komuniti berkongsi nasib Asia Pasifik, mewujudkan kemakmuran bersama".

Sempena persidangan APEC tersebut, Presiden Xi akan mengadakan majlis jamuan sambutan untuk pemimpin dan perwakilan ekonomi anggota, selain mengadakan rundingan dua hala dengan pemimpin pelbagai negara.

Video

Berita Berkaitan