- Lain-lain
Shenzhen Kolaboratif, Lakar Kejayaan Bersama Asia Pasifik

Sepanduk bertemakan APEC tergantung tinggi di Stesen Subway Utara Gangxia, 14 Oktober 2026. (People's Daily Online/Wang Xing)
Keterbukaan, inovasi dan kerjasama, tiga fokus utama sepanjang tahun APEC China 2026. Menyentuh “kerjasama”, dianggap perlunya memanfaatkan kelebihan komparatif para anggota sambil melaraskan dasar dan berkongsi pengalaman demi mencapai keuntungan bersama.
Kelebihan komparatif Shenzhen letaknya pada rantaian komprehensif industri maklumat elektronik dan ekosistem inovasi dinamik yang dimiliki.

Acara langsung “Tahun China” Shenzhen diadakan di luar kedai robot 6S pertama dunia, 21 Oktober 2026. Persembahan oleh robot manusia menarik kehadiran pelancong tempatan dan asing. (Andrew Smith dari AS, People's Daily Online)
“Tingkat atas dan tingkat bawah mewakili hulu dan hilir rantaian bekalan; kami mahu berkongsi keupayaan sokongan sektor perindustrian Shenzhen yang kukuh dengan rakan kongsi kami di APEC,” jelas Zhou Fangzheng, pengurus kedai pusat robotik 6S pertama dunia. Kemudahan tersebut mengumpulkan lebih daripada 300 syarikat yang mengkhususkan robot manusia serta sektor robotik khas.
Sejak pembukaannya, pusat itu telah menghoskan eksekutif dari Kumpulan LG Korea Selatan serta Procter & Gamble (P&G) dari AS. Ia turut menarik minat pelbagai pertubuhan di Malaysia dan Singapura yang hendak menjalin kerjasama.

Anak pokok yang disemai oleh menteri-menteri perhutanan APEC di Kawasan Simpanan Semula Jadi Bakau Negara Futian, 19 Oktober 2026. (People's Daily Online/Zhou Jielu)
Hubungan antara Shenzhen dan rantau Asia Pasifik jauh menjangkaui sinergi melibatkan rantaian bekalan perindustrian. Sebaliknya, ia meliputi penjajaran mekanisme dan rangka kerja di tahap yang mendalam.
Pada 26 Julai 2026, Pusat Bakau Antarabangsa telah memanggil mesyuarat majlis pertama di Shenzhen, menandakan suatu peralihan daripada sebuah inisiatif global kepada satu entiti yang beroperasi sepenuhnya. Dengan 21 negara penandatangan – termasuk 9 negara anggota rasmi – Pusat tersebut meliputi kawasan-kawasan penting yang kaya dengan bakau di benua Asia, Afrika dan Amerika. Sepanjang empat tahun persiapannya, pertubuhan ini giat terlibat dalam tadbir urus ekologi global.

Seorang artis Jerman berbicara tentang karya yang dihasilkan di Pangkalan Seni Cetak Guanlan, 20 Oktober 2026. (People's Daily Online/Shen Yuhuan)
Pada masa yang sama, sektor seni memberikan sentuhan halus sebagai medium interaksi awam di rantau Asia Pasifik. Sejak penubuhannya pada 2007, Pangkalan Seni Cetak Guanlan telah menjadi wadah bagi daya kreatif dari 122 negara dan wilayah, dengan menghoskan lebih 2,000 artis dari seberang laut.
Bak kata-kata artis Jerman di pangkalan itu dalam temu bual bersama People's Daily Online, “Artis dapat menzahirkan idea-idea yang indah, yang mengingatkan kita semua supaya hidup dengan harmoni, bersikap baik hati dan bertoleransi.”
- Presiden Xi akan Hadir Sidang Kemuncak APEC 2026 di Shenzhen
- Robot Berkhidmat, Ronda Jalan di Shenzhen
- Jumlah Peserta Sidang Kemuncak Pemimpin Perniagaan APEC Dijangka Melebihi 2,000
- Shenzhen Inovatif, Teroka Peluang Bersama Asia Pasifik
- Laman Sesawang Pusat Berita Minggu Mesyuarat Pemimpin APEC 2026 Dilancarkan
- Mesyuarat Menteri Luar, Menteri Perdagangan APEC Fokuskan Pembinaan Komuniti Asia Pasifik
- Mesyuarat Menteri Luar, Perdagangan APEC Berlangsung di Beijing
- Import dan Eksport Kawasan Teluk Besar dengan Entiti Ekonomi APEC Kekal Mantap
- Mesyuarat Menteri Kewangan APEC ke-33 Berlangsung di Hong Kong
- Shenzhen Sedia untuk APEC




